NADI x Awareness: Taklimat Buli Siber
9 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Kampung Quop, 9 Februari 2026 – NADI Kampung Quop telah berjaya menganjurkan program NADI x Awareness: Taklimat Buli Siber pada 9 Februari 2026 sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran komuniti terhadap isu keselamatan dan etika dalam dunia digital.
Program ini telah berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang dan disertai oleh seramai 6 orang peserta. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan definisi buli siber, bentuk-bentuk buli siber yang sering berlaku, kesan terhadap mangsa, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna internet.
Melalui program ini, peserta dididik agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta platform digital, di samping menggalakkan budaya internet yang selamat dan beretika dalam kalangan masyarakat setempat.
NADI Kampung Quop komited untuk terus melaksanakan program-program kesedaran digital bagi menyokong pembentukan komuniti yang celik teknologi dan selamat dalam persekitaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: